Monday, October 18, 2010

Puisi Rungutan Si Penganggur

Orang bangun pagi,
kita pun sibuk bangun pagi,
orang sibuk bersarapan,
kita pun sibuk bersarapan,
kelihatan wajah-wajah yang lesu di pagi hari,
berjuang demi cintanya,
demi matlamatnya,
demi masa depannya.

Tapi aku masih disini,
di atas kerusi mencari kebahagiaan
untuk kekasihku,
untuk keluargaku.
tetapi apakan daya,
Tuhan masih mahu menguji kesabaran dan kematanganku

Namun begitu,
aku terus berjuang demi orang yang tersayang,
untuk memberi kebahagiaan,
akanku korbankan segala tenagaku,
usahaku,
kemampuanku.

Oh jawatan kosong,
dimanakah engkau?

from: feroz :p

No comments:

Post a Comment